Menteri Perpaduan ganggu perpaduan

- Advertisement -

KEMBALI kecoh isu ICERD – Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum minoriti sesama bangsa seseuah negara. Terganggu perpaduan kita ketika konvensyen itu diluluskan oleh dunia. Puluhan tahun isu itu reda.

- Advertisement -

Perpaduan tidak pernah 100 peratus elok itu boleh dikira 80-an elok selepas 13 Mei 1969 dan sebelum Malaysia terjerumus ke kancah rasuah dan skandal paling teruk sembilan tahun menjelang kejatuhan empayar Umno/BN.

Demi hendak menyempurnakan perpaduan kaum itu, maka Kementerian Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri mencadangkan supaya diratifikasi konvensyen itu tanpa memahami hakikat sebenar perpaduan selama 61 tahun merdeka itu, yang menyambung selesa kaum ala kadar sebelum merdeka.

Gara-gara kelemahan menterinya memahami suasana sebenar Malaysia menjadikan kerja kementerian macam tikus membaiki labu. Naik darah orang Islam/Melayu dan bumiputera. Sekalian yang ada di Parlimen bersuara menentang dan menyokong.

Kata Menteri Luar yang baru lima bulan, Saifuddin Abdullah, semuanya tidak membaca secara terperinci perlembagaan Malaysia.

Mungkin benar sekalian yang bising termasuk menteri perpaduan tidak semahir menteri luar memahami perlembagaan. Tetapi antara yang mencela hasrat ratifikasi itu ialah mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Siapa lebih arif dan lebih mahir perlembagaan itu antara Tun Hamid dengan Saifuddin?

Bukan loyar bercakap tentang undang-undang berbanding loyar, bulan loyar dikira loyar buruk. Bukan hakim berbanding hakim bercakap tentang perlembagaan logiknya hakim buruk.

Malaysia yang belum 100 peratus elok perkauman, minimum diskriminasi dan hak asasi manusianya adalah contoh harmoni yang masuk akal dibanding dengan dunia maju barat dan termasuk Amerika. Payah Islam menang apa-apa pilihan raya di Amerika. Wanita tutup aurat tidak boleh sekolah dan kerja pejabat di Perancis, sedang mereka ratifikasi konvensyen itu.

Walaupun LGBT tidak diterima di Malaysia persamaan dan harmoni yang munasabah terdapat di Malaysia sebelum dunia ada konvensyen yang menakjubkan mengenai perpaduan.

Malaysia tidak memerlukannya kerana ia sudah ada Islam yang secara amnya telah memberi rahmat kepada semua termasuk bukan Islam. Jika ada masalah bagi bukan Islam tentang Islam, ia bukan baru dan Malaysia saja. Ahli kitab sejak zaman Nabi sudah mentakwilnya, bahkan yang mengikat perjanjian damai dengan Nabi pun ada yang menikam dari belakang.

Biarlah Malaysia tidak meratifikasinya seperti wujudnya perlembagaan tidak bertulis di United Kingdom. Protestan, Katholik, Kristian Ortodok, Yahudi, Islam dan lain boleh tidak berbunuhan sekalipun tiada perlembagaan bertulis.

Tanpa menandatangani konvensyen itu apa yang Guan Eng tak boleh dapat di Malaysia? Yang tak boleh jadi raja, mufti, Imam Masjid Negara. Tiada halangan jadi Peguam Negara, Ketua Hakim Negara. Ketua Polis Negara, Ketua Turus Tentera belum lagi.

Justeru tiada sekatan bukan Melayu jadi Perdana Menteri, bila bukan Melayu jadi Perdana Menteri dengan izin Allah nanti semua boleh jadi KPN dan Pesuruhjaya SPRM.

Adalah benar faraid tdak memberi sama banyak pusaka kepada anak laki-laki dan anak perempuan. Tetapi Wan Azizah boleh jadi pemangku Perdana Menteri sekiranya PM Mahathir mengosongkan jawatan masa ini.

Apakah dia direstui oleh PH atau tidak adalah hal lain tetapi wanita tidak diharamkan jadi Perdana Menteri.

Perpaduan yang menteri perpaduan hendak ratifikasikan itu menjamin perpaduan atau ia mengundang banyak pecah belah.

Kalau menteri perpaduan tidak yakin Islam menjamin harmoni, menteri luar boleh beritahu, kamu tak baca al-Quran dan tak memahaminya seperti dia kata orang pertikai ICERD tak habis baca perlembagaan. – HARAKAHDAILY 6/11/2018

- Advertisement -