P. Pinang abai seliaan infrastruktur asas

- Advertisement -

BAYAN LEPAS: Ketiadaan penyeliaan atau penyelenggaraan yang sewajarnya terhadap sistem perparitan dan saliran oleh pihak berwajib telah menjadi merupakan punca banjir semakin kerap berlaku di negeri ini.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Negeri Pulau Pinang, Saiful Lizan Md Yusoff berkata, aspek tersebut diabai dan tidak diberi peruntukan secukupnya kerana ia tidak ‘mendatangkan hasil’ kepada pihak kerajaan.

Beliau menunjukkan bukan sahaja infrastruktur yang terbiar, malah kotor dan membiakkan pula pelbagai masalah lainnya ketika melakukan tinjauan bersama HarakahDaily di beberapa lokasi, semalam.

Hal tersebut bidas Saiful, bercanggah dan indah khabar dari rupa dari hakikat slogan yang dilaung-laungkan iaitu Pulau Pinang “Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat” di mana ternyata menjadi retorik.

“Bila penyelenggaraan asas seperti ini tiada, tak ikut spesifikasi, kemudian pembangunan pula pesat sangat dan adanya alam sekitar bukit-bukit ditarah, nak pelik apa banjir lumpur kilat? Kami orang Pulau Pinang tak pelik,” sinis beliau.

Minggu lalu tular di media sosial gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang tenggelam oleh air hujan hingga mengundang tarikan netizen menempelak Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Jelas Saiful, sikap tersebut juga menyebabkan kebanyakan sungai di Pulau Pinang berada dalam kategori 5 yakni airnya kotor tidak boleh untuk sebarang kegunaan, selain tidak ada hidupan akuatik mampu hidup.

Malah kesali beliau, keadaan itu mencemarkan pemandangan serta amat sukar untuk dirawat dalam masa singkat yang segala puncanya adalah kerana sikap dan ketidakpedulian terhadap hubungan alam dengan kehidupan manusia.

Katanya, pemimpin kerajaan hanya tahu beralasan dan menyalahkan faktor alam seperti angin, hujan dan air laut pasang besar sebagai punca-punca masalah, sedangkan aspek kejuruteraan dan penyelenggaraan dikesampingkan.

“Paling teruk menjadi mangsa adalah rakyat kebanyakan, yang miskin, yang duduk di kawasan terceruk. Kerajaan dan pemaju hanya sibuk membangunkan kemewahan, tetapi yang lain terbiar,” tempelaknya lagi.

Antara banyak ditunjuk beliau adalah sekitar lapangan terbang itu di mana kawasan takungan air dengan perparitan atau saliran berkaitan dalam keadaan paling teruk yang merisikokan bukan sahaja bencana alam, tapi juga keselamatan. – HARAKAHDAILY 2/11/2018  

 IMG 20181102 WA0017IMG 20181102 WA0020

IMG 20181102 WA0021

IMG 20181102 WA0022

  IMG 20181102 WA0023IMG 20181102 WA0024

IMG 20181102 WA0025

- Advertisement -