Syiah: Menteri sudah dialog dengan MP?

marzuk
Datuk Ahmad Marzuk Shaary
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Meskipun pendirian kerajaan jelas tidak mengiktiraf ajaran syiah di negara ini namun ada dalam kalangan ahli parlimen kerajaan yang tidak mendukung pendirian kerajaan.

- Advertisement -

Semasa mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat pagi tadi, Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mengajukan isu tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa apabila Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto pernah membangkitkan isu ajaran syiah.

“Saya mengamati jawapan daripada menteri yang menunjukkan konsistennya kerajaan untuk tidak mengiktiraf ajarah syiah ini tetapi kadang-kadang kita melihat fahaman dan pendirian kerajaan ini tidak didukung oleh pemimpin-pemimpin kerajaan itu sendiri.

“Sebagai contoh Ahli Parlimen Batu Kawan pernah membangkitkan isu dalam parlimen untuk membenarkan ajaran syiah sebagai sebahagian daripada hak yang boleh diamalkan oleh orang Islam,” katanya.

Mujahid mempertahankan kenyataan P. Kasthuriaani itu sebagai pandangan peribadi yang bebas disampaikan di dalam Dewan Rakyat.

Marzuk kembali bangkit bertanyakan sama ada kerajaan telah mengadakan dialog berkaitan ajaran syiah dengan ahli parlimen bukan Islam.

“Saya belum habis jawab. Itu pandanganlah. Dan saya tidak perlu beritahu sama ada saya dah jumpa atau tidak, itu adalah usaha-usaha saya dengan kawan baik saya dari Batu Kawan,” ujar Mujahid. – HARAKAHDAILY 1/11/2018

- Advertisement -