Koleksi karya Tuan Guru Abdul Hadi

- Advertisement -

SEMPENA memperingati 69 tahun perjuangan PAS (24 Safar 1371 – 24 Safar 1440)

- Advertisement -

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (l. 1947), tokoh ulamak dan ahli politik gerakan Islam yang terkemuka merupakan graduan Universiti Islam Madinah dan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau lahir dalam sebuah keluarga pejuang dari keturunan ulamak yang berasal dari Pattani. Keluarganya pernah terlibat dengan gerakan Sarekat Islam di Terengganu pada dekad 1920-an, kemudian Hizbul Muslimin selepas Perang Dunia Kedua, sebelum aktif dengan PAS. Beliau sendiri aktif dengan PAS sejak 1964 dan mendapat tarbiyah Ikhwanul Muslimin di Madinah dan Kaherah, sebelum terlibat dengan kepemimpinan ABIM dan PAS mulai pertengahan 1970-an. Sejak tahun 2002, beliau diberi amanah sebagai Presiden PAS, sebelum dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia pada 2014.

Sebagai tokoh ulamak dan pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menghasilkan 108 buah karya yang telah diterbitkan, tidak termasuk kertas-kertas kerja, penulisan, kajian, ucapan dan dokumen-dokumen lain yang belum diterbitkan. Secara umumnya, karya-karya beliau boleh dibahagikan kepada I. Ucapan Dasar PAS (16 buah), II. Aqidah Islamiyyah (13 buah), III. Tarbiyah Harakiyah (4 buah), IV. Tafsir al-Quran (14 buah), V. Fiqh as-Seerah (5 buah), VI. Politik Islam (23 buah), VII. Fiqh Islamiyah (6 buah), VIII. Kompilasi Khutbah, Ucapan dan Kertas Kerja (15 buah) dan IX. Pelbagai (12 buah). Berikut adalah senarai karya-karya beliau sebagai untaian mutiara ilmu dalam perjuangan:

●    Ucapan Dasar PAS

1.     Menuju Kemenangan, 2003
2.     Memartabatkan Kedaulatan Rakyat, 2004
3.     Paksi Kebangkitan Perjuangan, 2005
4.     Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam, 2006
5.     Selamatkan Demokrasi, Tegakkan Keadilan, 2007
6.     PAS Untuk Semua, 2008
7.     Islam Memimpin Perubahan, 2009
8.     Islam Adil Untuk Semua, 2010
9.     Membangun Negara Berkebajikan, 2011
10.     Negara Berkebajikan Teras Perpaduan, 2012
11.     Rahmat Untuk Semua, 2013
12.     Terus Beristiqamah, 2014
13.     Beristiqamah Hingga Kemenangan, 2015
14.     Inilah Penyelesaian Kita, 2016
15.     Sejahtera Bersama Islam, 2017
16.     Islam Memimpin, 2018

●    Aqidah Islamiyah

1.     Batas-batas Iman dan Kufur, 1983
2.     Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
3.     Beriman Kepada Allah, 1988, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
4.     Beriman Kepada Malaikat, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
5.     Beriman Kepada Rasul, 1989, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
6.     Beriman Kepada Hari Akhirat, 1991, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
7.     Beriman Kepada Qadha’ dan Qadar, 1990, Pustaka Aman Press, Kota Bharu
8.     Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
9.     Aqidah dan Kepimpinan, tanpa tahun, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
10.     Amanat Haji Hadi, 2002, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
11.    Ketaatan dan Ubudiyah, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
12.     Aqidah dan Perjuangan (bersama Fadzil M Noor), 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur
13.     Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah, tanpa tahun, tanpa penerbit.

Edisi lain

1.     Inilah Aqidah Muslim, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
2.     Beriman Kepada Allah, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
3.     Beriman Kepada Malaikat & Kitab, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
4.     Beriman Kepada Rasul, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5.     Beriman Kepada Hari Akhirat, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
6.     Beriman Kepada Qadak dan Qadar, 2008, PTS Islamika, Batu Caves
7.     Muqaddimah Aqidah Muslimin (hard cover), 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
8.     Muqaddimah Aqidah Muslimin, 1985, GG Edar, Kuala Lumpur
9.     Muqaddimah Aqidah Muslimin, 2006, Sarjana Media, Kuala Lumpur
10.     Beriman Kepada Allah, Jilid 1, 1987, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
11.     Beriman Kepada Rasul, Jilid 2, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
12.     Beriman Kepada Kitab & Malaikat, Jilid 3, 1988, Pustaka Hidayah, Kuala Terengganu
13.     Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta, 2013, Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
14.     Siapa Menganut Ajaran Sesat?, 2012, Jundi Resources, Kuala Lumpur

●    Tarbiyah Harakiyah

1.     Kepentingan Berjemaah, 1982, Media Islam, Kuala Lumpur
2.     Ke Arah Pembentukan Harakah Islamiyyah: Individu dan Organisasi, 1983, kertas kerja yang diterbitkan dalam Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah (2003)
3.     Rahsia Kekuatan Tentera Allah, 1984, Penerbit Mujahid, Kelang
4. Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah, 1987, GG Edar, Kuala Lumpur

●    Tafsir al-Quran

1.     At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah al-Kahfi, tanpa tahun, edisi Jawi, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
2.     At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah al-Hasyr, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
3.     At-Tibyan Fi Tafsir al-Quran Surah as-Saff, 1993, Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepemimpinan PAS Pusat, Batu Caves
4.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 1, Petunjuk Golongan Muttaqin, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
5.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 2, Umat Yang Dimurkai, 1998, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
6.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 3, Usaha Jahat Yahudi, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
7.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 4, Tauhid Rububiyah dan Uluhiyah, 1999, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
8.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 5, Mencapai Dua Kemenangan, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
9.     Kuliah Tafsir Surah al-Baqarah Siri 6, Jihad di Jalan Allah, 2000, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10.     Tafsir Surah Yasiin: Menyelami Lubuk Hati al-Quran, 1999, Penerbit Muttaqin, Kuala Lumpur
11.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Fill dan Surah al-Hasyr, 2002, as-Syabab Media, Bangi
12.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2002, as-Syabab Media, Bangi
13.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah Luqman, 2002, as-Syabab Media, Bangi
14.     Tafsir at-Tibyan Surah al-‘Asr: Ke Arah Memahami Intipatinya, 2014, Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan PAS, Kuala Lumpur

Edisi lain

1.     Tafsir Surah Yaasin: Penawar Hati Insan, 2002, Penerbit Muttaqin, Kuala Lumpur
2.     Tafsir Surah Yaasin: Penawar Hati Insan, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
3.     Tafsir at-Tibyan Surah Yaasin, 2009, Nufair Street, Kuala Lumpur
4.     Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah Yasiin, 2013, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur
5.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Baqarah, Ayat 1-162, 2004, Nufair Street, Kuala Lumpur
6.     Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 1-82, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
7.     Tafsir at-Tibyan Tafsir Surah al-Baqarah Ayat 83-160, 2014, Penerbit Harakah, Kuala Lumpur
8.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah al-Hujurat, 2010, Jundi Resources, Kuala Lumpur
9.     At-Tibyan Dalam Menafsirkan al-Quran Surah as-Saff, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
10.     Tafsir Surah al-Kahfi, 2013, Aisyah Humaira Publication, Kuala Lumpur

●    Fiqh as-Seerah

1.     Fiqh al-Haraki Dari Sirah al-Nabawiyah, 1987, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
2.     Fiqh al-Haraki Dari Sirah al-Nabawiyah 2, 1988, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
3.     Fiqh al-Haraki Dari Sirah Nabawiyah 3, 2006, Nufair Street, Kuala Lumpur
4.     Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin, 2010, PTS Islamika, Batu Caves
5.     Fiqh Siyasah Khulafa ar-Rasyidin Amirul Mukminin Umar Ibn Alkhattab RA, 2013, MDQ Enterprise, Marang

Edisi lain

1.     Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 1, (Jawi), 1989, Dewan Pustaka Fajar, Kuala Lumpur
2.    Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 1, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
3.     Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah 2, 2001, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
4.     Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Siri 3, 2006, Unit Buku Harakah, Kuala Lumpur
5.     Fiqh al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah, Jilid 3, 2018, Galeri Buku Harakah, Kuala Lumpur

●    Politik Islam

1.     Kebangkitan Umat Islam: Satu Gagasan, 1981, Media Islam, Kuala Lumpur
2.     Islam: Penyelesaian Masalah Umat dan Negara, 1982, Media Islam, Kuala Lumpur
3.     Jika Islam Mentadbir, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
4.     Islam Sebagai Benteng, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
5.     Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1984, Penerbit Gedung Ummah, Marang
6.     Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
7.     Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Fadzil Mohd Noor), 1988, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Kuala Lumpur
8.     Antara Wawasan dan Jumud, 1993, Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang
9.     Sistem Pemerintahan Negara Islam, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
10.     Lahirnya Beberapa Firqah di Kalangan Umat Islam (Jawi), 1999, Darul Huda Enterprise, Kuala Terengganu
11.     Angkara Minyak: Tumbangkah Kerajaan Haji Hadi (bersama Tarmizi Mohd Jam), 2000, Rangkaian Minda Publishing, Batu Caves
12.     Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Khianati Amalan Demokrasi Berparlimen? (bersama Dr Syed Azman Ahmad), 2003, Angkatan Edaran Enterprise, Shah Alam
13.     As-Shira’u Baina al-Islamiyyah wa al-‘Ilmaniyyah fi Malaysia (Arab), tanpa tahun, Darul Tauzik wa an-Nasyru al-Islamiyah, Kaherah
14.     Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari, 2005, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
15.     Islam dan Demokrasi, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
16.     Bajet 2010: Perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
17.     Tazkirah Jihad, 2010, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Ulamak PAS Pusat, Kuala Lumpur
18.     Islam dan Nasionalisme, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
19.     Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
20.     Konsep Asas Negara Berkebajikan, 2011, Pejabat Presiden PAS, Kuala Lumpur
21.     Al-Islam wa ‘Alaaqatihi bi al-Irhab, tanpa tahun (2017), Maktab Naib Rais Ittihad al-Aalami li Ulama al-Muslimin, Marang
22.     Taawun Siyasi, 2018, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur
23.     Istiqamah Bersama Kebenaran, Menjunjung Janji Tuhan (bersama Idris Ahmad), Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur

Edisi lain

1.     Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (Jawi), 1988, Jabatan Setiausaha Agung PAS, Batu Caves
2.     Konsep Negara Islam dan Matlamatnya (Jawi), 1994, Syarikat Al Muslimah, Kuala Lumpur
3.     Konsep Negara Islam dan Matlamatnya, 2002, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
4.     Hizbullah dan Hizbussyaitan, 1989, Lajnah Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, Batu Caves
5.     Bagaimana Islam Memerintah Negara, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
6.     Fahaman & Ideologi Umat Islam, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
7.     Ideologi: Lahirnya Beberapa Aliran dan Kumpulan Fahaman Umat Islam, tanpa tahun dan penerbit, susunan All Muiz, Gombak

●     Fiqh Islamiyah

1.     Isu Hudud: Hj Abdul Hadi Jawab Mahathir, 1994, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
2.     Qazaf Mangsa Fitnah, 2001, Pusat Penerangan & Penyelidikan PAS Pusat, Kuala Lumpur
3.     Syubahaat wa ‘Uqabaat Haul Tatbiq as-Syariah fi Malayzia (Arab), 2004, Darul Tauzik wa an-Nasyr al-Islamiyah, Kaherah
4.     Ramadhan Tetamu Yang Dirindui, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
5.     Maqasid Syari’ah, 2011, Dewan Ulamak PAS Pusat
6.     Fiqh as-Solah: Bagi Memahami Ibadat Sembahyang (Jawi), 2015, WNS Enterprise, Kuala Terengganu

Edisi lain

1.     Qazaf: Dalam Isu Fitnah Zina dan Liwat, 2011, Jundi Resources, Kuala Lumpur
2.     Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa, 2016, Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Kuala Lumpur

●    Kompilasi khutbah, ucapan dan kertas kerja

1.     Islam Tulen: Himpunan Khutbah, 1984, Penerbitan Gedung Ummah, Marang
2.     Dari Mimbar Masjid Rusila: Iman dan Amal, 1988, Pustaka Istiqamah
3.     Penghujung Kehidupan, 1995, Dewan Muslimat Sdn Bhd, Kepala Batas
4.     Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 1996, Institut Tarbiyah Johor dan An-Naas, Batu Pahat
5.     Dari Mimbar Masjid Rusila: Khutbah Jumaat dan Hari Raya, 2002, As-Syabab Media, Bandar Baru Bangi
6.     Medan Kehidupan, tanpa tahun, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
7.     Islam: Fikrah, Harakah dan Daulah, 2003, Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam
8.     Membangun Ummah: Mutiara 2 Tok Guru (bersama Nik Abdul Aziz Nik Mat), 2008, Nufair Street Sdn Bhd, Kuala Lumpur
9.     Meniti Kehidupan Insan: Koleksi Terbaik Khutbah, 2010, WMS Publication, Kuala Terengganu
10.     Majmuah al-Kalimaat: Wehdah al-Ummah wa at-Tahdiyaat, 2018, Tarbiyah Care, tanpa lokasi.

Ucapan

1.     Menuju Kemenangan: Tawaran PAS, 2003, Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS Ke-49
2.     Semarakkan Jihad Tingkatkan Kemenangan, 2003, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Kali Ke-8
3.     Perkasakan Jamaah Selamatkan Ummah, 2004, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu Ke-9
4.     Islam Berdaulat Rakyat Sejahtera, Ucap Utama Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu Kali Ke-10
5.     Intipati Ucapan Presiden PAS, Munajat dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, 2013

●    Pelbagai

1.     Kemestian Penyelesaian Secara Islam, 1983, Pustaka Damai, Marang
2.     Era Generasi Gemilang (bersama Fathi Yakan), 1983, Penerbitan Gedung Ummah, Kuala Terengganu
3.     Uslub Dakwah, 1986, GG Edar, Kuala Lumpur
4.     Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk, 1990, Lajnah Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
5.     Pemimpin Sederhana: Wawancara Eksklusif Mingguan Malaysia, 2002, Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu
6.     Ahamiiyatul al-Mawqifu al-Islami al-Muwahhidu Tujahu al-U’ulumat (Arab), 2003, Yayasan Islam Terengganu, Kuala Terengganu
7.     Sekolah Agama Rakyat: Pertahan Benteng Kekuatan Ummah, 2003, Jabatan Penerangan PAS Pusat, Kuala Lumpur
8.     Palestin Min Qatha’u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, tanpa penerbit.
9.     Taqwa: Takut Tapi Rindu, 2007, PTS Islamika, Batu Caves
10.     Islam Adil Untuk Semua, 2009, PTS Islamika, Batu Caves
11.     Mukhtasar Tarikh al-Harakah al-Islamiyyah fi Malayzia, 2017, Maktab Naib Rais Ittihad al-Ulama al-Aalami al-Muslimin, Marang
12.     Islam Satu-satunya Penyelesaian, 2014, Maktabah Barakah

Edisi lain

1.     Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan, 2010, Jundi Resources, Kuala Lumpur
2.     Palestin Min Qatha’u at-Thariq Ila Khariitah at-Thariq (Arab), 2007, Muassisah ar-Risalah al Alamiyah, Kaherah.
3.     Globalisasi: Pendirian Islam Mengenainya (terjemahan), tanpa tarikh, Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu

Rujukan dan Penyelidikan

Pada masa ini, koleksi lengkap karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang boleh didapati di Maktabah al-Balaghul Mubin. Sekiranya sesiapa ingin membuat rujukan, penyelidikan atau memiliki koleksi lengkap tersebut, bolehlah menghubungi pihak pengurusan Institut al-Balaghul Mubin, Rawang.

Catatan akhir

Data yang dicatatkan dalam tulisan ini adalah berdasarkan rekod dan koleksi Maktabah al-Balaghul Mubin. Sekiranya sesiapa yang mempunyai maklumat tambahan, termasuk memiliki koleksi selain yang disenaraikan, bolehlah menghubungi saya untuk maksud melengkapkan data dan koleksi bagi tujuan rujukan generasi akan datang. Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya.

MOHD FADLI GHANI
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS

Dicatat di:
Institut al-Balaghul Mubin
23 Safar 1440 / 1 November 2018 – HARAKAHDAILY 1/11/2018

- Advertisement -