Umum tarikh PRU 3 tahun lebih awal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap melakukan reformasi dengan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) tiga tahun lebih awal.

- Advertisement -

Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) berkata, pengumuman lebih awal membolehkan part-parti politik membuat persiapan lebih tersusun bagi menghadapi PRU.

Katanya, sebelum ini hak bagi menentukan tarikh pilihan raya hanya boleh ditentukan Perdana Menteri seorang sahaja.

“Jadi kita berharap kerajaan baharu membuat perubahan dengan mengumumkan tarikh pilihan raya sekurang-kurang tiga tahun lebih awal,” katanya ketika mengambil bahagian membahas Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sejak merdeka sehingga sekarang tarikh bagi menentukan PRU hanya ditentukan oleh perdana menteri sahaja. Ketika era Dato’ Seri Najib Razak tarikh PRU diumumkan sehingga akhir penggal.

Keadaan itu menyebabkan timbul suasana kelam kabut sehingga banyak pihak tampil bagi meramalkan tarikh PRU biar pun tersasar jauh.

Abdul Latif juga berkata, sekarang masa terbaik Petronas dan kerajaan pusat membayar royalti petroleum kepada Kelantan selepas saman terhadap Petronas ditarik balik kerajaan negeri. – HARAKAHDAILY 25/10/2018

- Advertisement -