PAS Kedah sembah tahniah

- Advertisement -

ALOR SETAR: PAS Kedah merakamkan sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sempena istiadat pertabalan baginda selaku Sultan Kedah yang ke-29 pada hari ini.

- Advertisement -

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi melalui kenyataan medianya pagi ini.

Menurutnya lagi, istiadat pertabalan itu bakal mencatatkan sejarah bagi rakyat negeri ini kerana ia diadakan selepas 59 tahun yang lalu dan tentunya rakyat berbangga dan bersyukur kerana berpeluang menyaksikan istiadat bersejarah ini, yang tentunya jarangkali akan berlaku.

“PAS Kedah mendoakan kesejahteraan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tuanku Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff dan semoga kesucian agama Islam akan kukuh terpelihara di bawah pemerintahan baginda.

“Semoga Tuanku berdua akan terus bertakhta memerintah dan menaungi rakyat Negeri Kedah Darul Aman dengan penuh keadilan dan kesaksamaan,” ujarnya.

Tambahnya, pertabalan Tunku Sultan Sallehuddin yang diadakan pada hari ini untuk menggantikan Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Sultan Badlishah yang mangkat setahun lalu sangatlah tepat sekali kerana ia menepati aspirasi rakyat serta mengikut paksi perlembagaan. – HARAKAHDAILY 22/10/2018

- Advertisement -