Road To MAHA Terengganu

- Advertisement -

SAYA mengajak seluruh rakyat Negeri Terengganu dan negeri-negeri berjiran untuk berkunjung ke program Road To MAHA bertempat di MARDI, Manir Kuala Terengganu pada 25 – 27 Oktober 2018. Program ini berkonsepkan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan buat julung kalinya diadakan di Negeri Terengganu pada tahun ini.

- Advertisement -

Terdapat banyak pengisian menarik yang menanti kehadiran para pengunjung ke program ini yang melibatkan sektor utama peladang, penternak dan nelayan serta pelbagai Agensi dan Jabatan di bawah Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu.

Antara pengisian Road To MAHA yang dijangka mampu menjadi ‘wow factor‘ ialah pameran penyu comel, lembu sado, pameran kambing, pameran ikan hiasan, ayam serama dan ayam ratu serta pelbagai lagi yang dijangkakan mampu menggamit para pengunjung berkunjung ke tapak program.

Dalam masa yang sama gerai-gerai jualan pelbagai produk pertanian, penternakan dan perikanan juga akan diadakan.

Agensi serta Jabatan kerajaan yang terlibat antaranya ialah Jabatan Pertanian, FAMA, LKIM, Jabatan Perikanan , Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar , MARDI, IADA Ketara, Lembaga Pertubuhan Peladang, Agro Bank, TEKUN, JPS.

Di samping agensi lain seperti Ketengah, RISDA, FELCRA, Felda, TADC, Jabatan Perhutanan, Perhilitan, Jabatan Pelancongan, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia juga akan turut sama memeriahkan program.

Panitia Road To MAHA turut juga mengundang beberapa syarikat swasta untuk mereka memperkenalkan teknologi dan jentera baru dalam bidang pertanian sama ada dari segi teknologi jentera, benih, fertigasi dan produk-produk baru pertanian.

Terdapat juga jualan pelbagai produk yang dihasilkan usahawan di bawah bimbingan FAMA, Jabatan Pertanian, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia, LKIM, Perikanan, IADA Ketara, Usahawan Veterinar, Usahawan Lembaga Pertubuhan Peladang, Usahawan Tekun, Felda, MARDI dan lain-lain lagi.

Saya mewakili Jawatankuasa Induk Road To MAHA mengajak semua rakyat untuk meluangkan masa dalam tempoh 3 hari bermula 25 – 27 Oktober 2018 dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk sama-sama hadir berkunjung ke MARDI Kuala Terengganu bagi sama-sama memeriahkan dan mengambil manfaat daripada program yang diadakan.

Program Road To MAHA akan mengisi Kalendar Pertanian Negeri Terengganu bagi setiap 2 tahun sekali.

DR AZMAN IBRAHIM 
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Road To MAHA.
19 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 19/10/2018 

IMG 20181019 WA0010

- Advertisement -