PAS alu-alukan hasrat PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan semula semangat federalisme.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hasrat ini wajar dilaksanakan kerana termaktub dalam perlembagaan.

“Selama ini kuasa ini (federalisme) telah dicabuli, PAS memerintah negeri Terengganu sejak tahun 1999 dan Kelantan berlaku diskriminasi sehingga berpanjangan,” katanya pada sidang media hari ini.

Jelasnya, diskriminasi berlaku mengaitkan penafian hak rakyat negeri Kelantan dan Terengganu dalam royalti yang telah dilanggar perjanjian tersebut oleh kerajaan pusat.

Namun, kini dipercayai hasil royalti itu dalam usaha untuk dikembalikan semula kepada kerajaan negeri Kelanan dan Terengganu setelah kerajaan menyatakan hasrat memperkasakan kuasa kerajaan negeri melalui pengagihan kerajaan pusat.

“Kita syukur alhamdulillah dan kita sangat mengalukan kenyataan Tun untuk membuat pembetulan. Ini reformasi yang sebenar, reformasi untuk pemisahan kuasa bukan sahaja termasuk bandar-bandar lain yang ada bidang kuasa keajaan negeri untuk dilaksanakan.

“Sekurang-kurangnya mengikut apa yang ada dalam perlembagaan dan sebaik-baiknya kalau perlu hal-hal yang lain perlu ditambah baik lagi, kita sangat mengalukan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Katanya, usaha itu akan meringankan beban kerajaan pusat.

Beliau turut mengulas langkah kerajaan yang mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri selama dua penggal.

“Kalau sekiranya seorang pemimpin dapat jalankan tugas dengan baik dalam masa dua tahun, kalau sangat baik ini tak payah kita tukar kecuali kalau ada salah laku, kelemahan-kelemahan satu penggal pun tak boleh beri, kita kena sedar itu perlu dipantau.

“Dua tahun itu bukan satu ukuran yang tetap, kita kena fleksibel.

“Kita harap supaya diberi peluang yang sepenuhnya supaya dapat dilakukan reformasi yang dicadangakan dan kita mendukung apa yang baik dan kita menegur apa yang tidak baik,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/10/2018

- Advertisement -