Bantah kebebasan untuk murtad

nasrudin
- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh seorang Ahli Parlimen DAP (Batu Kawan) yang mendesak Kementerian Luar untuk meratifikasi International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR) di Dewan Rakyat, kelmarin.

- Advertisement -

Malaysia dijangka akan meratifikasi konvensyen tersebut menjelang Semakan Berkala Sejagat Hak-Hak Asasi Manusia PBB Sesi Ke-31 yang dijadual akan berlangsung pada 8 November 2018 di Geneva, Switzerland.

Terdapat satu peruntukan dalam ICCPR yang perlu diberikan perhatian yang serius iaitu Perkara 18.1 yang menyatakan, “Everyone shall have the right to freedom of thought, conscience and religion. This right shall include freedom to have or not to adopt a religion or belief of his choice, and freedom, either individually or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in worship, observance, practice and teaching.

Apa yang disuarakan oleh YB Batu Kawan adalah selari dengan tuntutan yang dilaungkan oleh COMANGO sebelum ini. Isu ratifikasi ICCPR dan lima lagi konvensyen lain termaktub dalam Janji 26, Manifesto Pakatan Harapan.

Malah, kenyataan pertama Menteri Luar selepas mengangkat sumpah jawatan adalah komitmen beliau untuk meratifikasi semua konvensyen tersebut.

Sekiranya pihak Kerajaan Persekutuan meratifikasi konvensyen ini, maka dibimbangi peruntukan-peruntukan Islam yang terdapat dalam Perlembagaan seperti Perkara 3 dan institusi mahkamah serta perundangan Syariah terpaksa tunduk dengan konvensyen ini.

Menteri Luar harus menyatakan pendirian secara jelas, sekiranya konvensyen tersebut akan diratifikasi, apakah hujah ‘reservations’ yang akan ditetapkan oleh kerajaan dan apakah jaminan ia boleh dipertahankan?

Islam Memimpin

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 Safar 1440 | 18 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 18/10/2018

- Advertisement -