Wira Para Asian disambut kerajaan negeri

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kepulangan dua atlet Sukan Para Asian 2018 disambut kerajaan negeri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

- Advertisement -

Wira kelahiran Kelantan itu, Muhammad Afiq Afify Rizan mendapat pingat emas acara berbasikal dan Muhammad Norhilmie Mohd Zainuddin pingat perak (badminton).

Kepulangan mereka disambut Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Kelantan, Dato’ Zamri Ismail dan pegawai Urusetia Belia dan Sukan negeri.

Zamri berkata, kerajaan negeri merakam ucapan tahniah di atas kecemerlangan mereka.

Katanya, pencapaian atlet terbabit menyumbang kedudukan mata bagi pencapaian peringkat Malaysia.

“Kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap semua aktiviti sukan termasuk dalam kalangan golongan kurang upaya.

“Insya-Allah saya yakin kerajaan negeri akan mempertingkatkan lagi aktiviti sukan bagi melahirkan lebih ramai atlet,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 17/10/2018

- Advertisement -