Presiden PAS terima kunjungan MP Palestin

p1
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Dr. Abdul Rahman Al-Jamal, ahli Parlimen Palestin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kebudayaan dan Hal Ehwal Sosial Parlimen Palestin, di ibu negara, semalam.

- Advertisement -

Pada pertemuan itu, Tuan Guru menegaskan bahawa PAS konsisten menyokong pembebasan Palestin dan tidak mengiktiraf Israel dengan penyelesaian satu negara.

Perkara lain yang turut dibincangkan ialah mengenai geopolitik antarabangsa dan perjuangan pembebasan Palestin.

Selain itu, rombongan Palestin turut bertanyakan situasi semasa politik di Malaysia.

Wakil Palestin itu juga menghargai dukungan PAS dan sokongan kerajaan serta rakyat negara ini dalam isu Palestin. 

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Ustaz Ismi Mohd Taib, Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Abdul Malik. – HARAKAHDAILY 17/10/2018

p3

p2

p4

- Advertisement -