Hukuman mati: PAS gesa kaji terperinci

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengesyorkan kerajaan mengkaji secara terperinci hukuman mati sebelum mempertimbangkan untuk menghapuskan pelaksanaannya.

- Advertisement -

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kajian perlu dibuat mengikut proses yang adil dan betul mengikut berperingkat-peringkat.

“Saya bersetuju mesti dikaji dengan terperinci terlebih dahulu, walaupun hukuman mandatori itu terhadap pengedar dadah, saya tidak bersetuju kerana dalam Islam kes dadah ini termasuk dalam takzir.

“Takzir ini ialah hukum berperingkat bukan mandatori, mestiah didahulukan hukuman yang ringan dulu, hukuman mati terakhir bukan mandatori.

“Akan dikaji, dibatalkan saya tidak setuju tapi mesti dikaji mengikut proses yang adil dan betul mengikut berperingkat-peringkat. Tak batal tapi minta kaji,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media di lobi parlimen pagi tadi. – HARAKAHDAILY 16/10/2018

- Advertisement -