Tarikh, isu tol punca kurang mengundi

- Advertisement -

PORT DICKSON: Tarikh pengundian dan kenyataan Perdana Menteri mengenai tol tidak mungkin dimansuhkan antara faktor peratusan keluar mengundi kurang.

- Advertisement -

Calon PAS bagi PRK Parlimen Port Dickson, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata, tarikh pengundian 13 Oktober tidak sesuai kerana tengah bulan, bajet tidak mencukupi menyebabkan pengundi yang berada di luar kawasan tidak dapat balik.

Menurutnya lagi, kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tol tidak mungkin dihapuskan menjadi salah satu sebab peratusan mengundi rendah.

“Statment PM mengenai isu tol mungkin menjejaskan perasaan anak muda kerana jiwa anak muda mudah memberontak.

“Mungkin ini tanda-tanda protes daripada anak muda untuk tidak turun,” katanya ketika melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Port Dickson.

Ia berikutan laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) peratus turun mengundi setakat jam 2 petang sebanyak 44 peratus.

Nazari juga berkata, sepanjang tinjauan ke pusat mengundi sangat lengang.

“Saya datang awal pagi ada yang mungkin tidak bersedia. Ada yang tengah buat persiapan kepada keluarga.

“Mungkin petang ini, tinggal 3 jam sahaja lagi mungkin ada lagi yang akan turun, tapi saya nak jangkakan tidak berani,” katanya.

Jelas Nazari, pilihan raya kali ini banyak ‘pengundi senyap’ yang bukan ahli PAS tetapi mereka terang-terang beritahu mahu mengundi PAS.

“Kemungkinan kali ini ada kejutan, kita tunggulah pukul 10.30 malam ini (keputusan),” katanya. – HARAKAHDAILY 13/10/2018

undd

- Advertisement -