PAN juara ratib PAS terima dana Umno

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sehingga sekarang sudah berpuluh kali pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) membangkit tohmahan kononnya PAS menerima dana 1MDB.

- Advertisement -

Dan semalam sekali lagi isu digegerkan, seakan-akan memberi gambaran di Kelantan masih lagi ada pemimpin PAN, biar pun tiada kedudukan di peringkat kabinet.

Naib Presiden PAN, Husam Musa tampil untuk sekian kali mendesak siasatan dilakukan pihak berkuasa berkaitan dakwaan Umno memindahkan RM2.5 juta kepada PAS dikaitkan dengan 1MDB.

Menjawab isu itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyifatkan dakwaan parti menerima dana dari Umno suatu andaian yang tidak masuk akal.

“Kalau Umno ada bagi dana itu PAS sudah kaya tetapi kita adalah parti sederhana sampai sekarang, ia merupakan satu fitnah dan andaian.

“Kita terbuka kerana saya menganggap perkara itu adalah fitnah, kerana kita tidak menerima bantuan orang lain melainkan infak serta derma ahli kita sendiri,” katanya di sini semalam.

Bagaimanapun beliau mengalu-alukan sebarang siasatan pihak berkuasa berhubung dakwaan PAS menerima RM2.5 juta. – HARAKAHDAILY 12/10/2018

- Advertisement -