Nazari ada misi bangunkan Port Dickson

- Advertisement -

PORT DICKSON: Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar akan membawa misi dalam membangunkan Port Dickson sekiranya dipilih sebagai ahli parlimen.

- Advertisement -

Menurutnya, beliau akan memperkasakan semula reputasi Port Dickson sebagai pusat pelancongan pantai paling popular di Malaysia.

Beliau berusaha untuk menyuburkan syiar Islam dan nilai moral dalam kegiatan-kegiatan sektor pelancongan di Port Dickson.

Dalam masa yang sama, memastikan agenda pemuliharaan alam sekitar akan terus menjadi keutamaan di kawasan Parlimen ini.

Selain itu, beliau akan memantau pembangunan yang lebih seimbang di Port Dickson supaya tiada kawasan-kawasan tertentu terpinggir dari pembangunan.

Nazari juga akan menjadi pemudah cara kepada rakyat untuk memperolehi hak-hak mereka daripada Kerajaan Negeri atau Persekutuan seperti hak pendidikan, kesihatan dan lain-lain.

“Memberdayakan penyertaan anak muda dan kaum wanita dalam sektor perniagaan dan usahawan berkaitan perlancongan di Port Dickson.

“Membawa suara para anggota tentera dan veteren untuk mendapatkan hak yang sewajarnya dari segi perkhidmatan dan jaminan kebajikan sehingga selepas bersara,” katanya.

Beliau juga akan memperjuangkan peluang pekerjaan untuk anak tempatan dengan merancakkan sektor pekerjaan seperti pelancongan dan lain-lain. – HARAKAHDAILY 11/10/2018

- Advertisement -