Mansuh 4,000 projek bukan khabar angin

nasrudin3
- Advertisement -

Jawapan kepada Timbalan Menteri Kerja Raya

- Advertisement -

Pertama, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Menteri Kewangan yang terus menutup mulut untuk menjelaskan status 4000 projek di seluruh kawasan parlimen yang bernilai kira-kira RM 130 juta.

Kedua, PAS menyambut baik respons yang telah diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan dan yang terbaru oleh Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Mohd Anuar Mohd Tahir.

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya yang dilaporkan oleh Bernama semalam, beliau berkata, “Ada orang kata kerajaan baharu ini banyak menangguhkan projek, tak nak buat projek sampai projek yang kecil-kecil, itu semua khabar angin berkemungkinan berpunca daripada orang-orang yang tidak berpuas hati dengan kerajaan”.

PAS ingin menegaskan di sini bahawa maklumat 4,000 projek yang dimansuhkan sehingga akhir bulan Julai 2018 bukan khabar angin. Ia adalah maklumat yang perlu dijelaskan oleh Menteri Kewangan.

Semua projek tersebut adalah Projek Mesra Rakyat di setiap parlimen (kecuali Wilayah Persekutuan dan Perlis) dengan dana khas diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan diseliakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

Berikut dijelaskan 4,000 Projek Mesra Rakyat di setiap kawasan parlimen mengikut negeri berserta kos yang telah diperuntukkan.

Maklumat ini telah dibundarkan dan berdasarkan anggaran yang boleh dikemukakan sahaja.

1. Johor sebanyak 800 projek berjumlah RM9 juta

2. Perak sebanyak 600 projek berjumlah RM20 juta

3. Negeri Sembilan sebanyak 500 projek berjumlah RM9 juta

4. Kedah sebanyak 500 projek berjumlah RM9 juta

5. Sarawak sebanyak 500 projek berjumlah RM42 juta

6. Selangor sebanyak 200 projek berjumlah RM9 juta

7. Pulau Pinang sebanyak 200 projek berjumlah RM5 juta

8. Sabah sebanyak 100 projek berjumlah RM6 juta

9. Melaka sebanyak 100 projek berjumlah RM2 juta

10. Pahang sebanyak 90 projek berjumlah RM7 juta

11. Kelantan sebanyak 60 projek berjumlah RM4 juta

12. Terengganu sebanyak 70 projek berjumlah RM4 juta

Projek-projek tersebut dikatakan telah diluluskan tapi dibatalkan oleh pihak kerajaan walhal ia bukan projek mega dan mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada keperluan rakyat.

Oleh sebab itu, Menteri Kewangan mesti memberi penjelasan berhubung perkara ini supaya projek-projek yang melibatkan kepentingan langsung kepada rakyat dapat diteruskan.

Islam Memimpin

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat
29 Muharram 1440 | 9 Oktober 2018 – HARAKAHDAILY 9/10/2018

- Advertisement -