Bekas tentera seru menangkan calon PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengundi PRK P.132 Port Dickson mempunyai peranan penting yang secara langsung mewakili dan membawa mesej rakyat Malaysia untuk memberi isyarat penting kepada Kerajaan PH khususnya.

- Advertisement -

Bekas anggota tentera, Zulkifli Che Haron berkata, undi mereka boleh menjadi satu tuntutan kepada Kerajaan PH supaya jangan mengemukakan pelbagai alasan untuk menunaikan 10 Perkara telah dijanjikan dalam Manifesto PRU14 lalu.

IMG 20181009 WA0042 02

“Pengundi Port Dickson perlu mengambil peluang ini menjadikannya indikator kepada kerajaan sedia ada dengan memilih calon PAS sebagai suatu pengajaran kepada mereka supaya menunaikan segala yang telah dijanjikan kepada rakyat.

“Saya berkeyakinan, calon PAS yang ditauliah sehingga ke pangkat Leftenan Kolonel sudah pasti beliau seorang pegawai terlatih dan berkemampuan memimpin serta berdisiplin tinggi, selain tidak pernah disabit dengan salah laku moral.

“Demi mengangkat darjat Angkatan Tentera Malaysia, anggota serta veterannya juga, maka Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar wajar dipilih mewakili suara warga ATM,” ujarnya yang berasal dari Alor Setar.

Menurutnya, walaupun berlaku pertembungan tujuh penjuru, perhatian yang tertumpu kepada calon PH, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah kerana PRK itu berbeza dengan lain sebelumnya.

Katanya, pengundi sedang memperkatakan kontroversi disebalik PRK tersebut diadakan, selain calon-calon juga membuahkan banyak kontroversi yang sedia dimaklumi umum selama ini.

“Jadi terbaiknya pengundi memilih dan memenangkan calon PAS. Ianya tidak menjejaskan kerajaan sedia ada. Tetapi sebaliknya, suasana lebih positif kepada kerajaan kerana wujudnya kuasa ‘check and balance‘,” seru beliau. – HARAKAHDAILY 9/10/2018

- Advertisement -