Bonda Mohd Amar kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Bonda Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Tengku Chik Tengku Ibrahim, 80, kembali ke rahmatullah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira jam 1.25 pagi tadi.

- Advertisement -

Tengku Chik yang lebih mesra dengan panggilan Mak Ku dirawat di jospital berkenaan sejak sebulan lalu.

Jenazah akan dikebumikan kira kira jam 2.00 petang ini di Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor, di sini.

Almarhumah Mak Ku, merupakan cucu kepada Raja Dewa (Tengku Long Zainal Abidin) dan cicit kepada Sultan Muhammad III.

Suami Allahyarhamah yang juga bekas Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Allahyarham Ustaz Nik Abdullah Arshad telah meninggal dunia pada 13 Januari 1996. – HARAKAHDAILY 7/10/2018

- Advertisement -