Takziah buat keluarga 6 ‘Wira Masyarakat’

- Advertisement -

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهم وَارْحَمْها وَعَافِهم وَاعْفُ عَنْهم وَأَكْرِمْ نُزُلَهم وَوَسِّعْ مُدْخَلَهم وَاغْسِلْهم بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهم مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهم دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهم وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهم وَأَدْخِلْهم الْجَنَّةَ وَأَعِذْهم مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

- Advertisement -

Kita digemparkan dengan berita 6 orang anggota Bomba maut akibat lemas dalam operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang terjatuh dalam lombong di Taman Putra Perdana Puchong.

Sesungguhnya kita meyakini dan beriman bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Tinggal lagi bagaimana dan bila kematian itu akan berlaku, tak siapa pun yang tahu.

Berita duka ini meruntunkan hati setiap yang membaca dan mendengar, sudah pasti ahli keluarga mangsa yang terkorban benar-benar merasai kehilangan orang tersayang mereka.

Kami seluruh Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) dengan penuh hiba merakamkan ucapan ‘Takziah’ kepada seluruh keluarga mangsa atas ujian kematian yang berlaku.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapinya di samping banyakkan berdoa untuk mereka.

Pengorbanan dan kesungguhan mereka dalam menyelamat dan mencari mangsa patut dicontohi dan dijadikan teladan buat semua pihak sebagaimana sabda baginda Rasulullah S.A.W:

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain”

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH 
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Oktober 2018 bersamaan 24 Muharram 1440 – HARAKAHDAILY 4/10/2018

- Advertisement -