Kelantan tidak benar premis syisya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri tidak berkompromi dengan premis yang mengendalikan perniagaan syisya bagi mengekang penularan gejala sosial.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pada mesyuarat Exco sebelum ini kerajaan negeri membuat keputusan tidak membenarkan perniagaan syisya beroperasi. (Foto atas: Angkat sumpah YDP Majlis Daerah Gua Musang, Mohamed Nor Husin.)

Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Kelantan tidak mengeluarkan lesen bagi perniagaan tersebut sejak dahulu lagi.

Oleh itu katanya operasi secara berterusan dilakukan pengkuatkuasa PBT bagi memastikan tidak ada premis perniagaan syisya beroperasi di negeri tersebut.

“Berdasar pemantauan sebelum ini didapati premis syisya membiarkan percampuran bebas lelaki dan perempuan.

“Selain itu perniagaan tersebut beroperasi sehingga larut malam. Situasi itu mengundang penularan gejala sosial sekiranya tidak dibendung dari awal,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 2/10/2018

- Advertisement -