Asyura: PAS Petra Jaya dekati masyarakat

- Advertisement -

PETRA JAYA: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Petra Jaya telah mengadakan Program Asyura bersama penduduk sekitar Taman Midin, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program tersebut adalah sebahagian daripada agenda kebajikan dan memasyarakatkan PAS yang menjadi rutin tahunan diadakan.

Dua periuk besar bubur asyura versi Sarawak dan Utara berjaya dimasak dengan diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Petra Jaya, Habsah Bujang,

Yang Dipertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan turut hadir memeriahkan majlis dan menghargai hubungan yang terjalin bersama penduduk.

“Saya berharap kerjasama yang baik antara PAS dan masyarakat ini dapat membuka mata bahawa PAS ini bukan sekadar hadir atas atas keperluan politik, tetapi PAS juga menjadikan agenda tarbiyah dan kebajikan sebagai keutamaan parti,” katanya sebelum program berakhir.

Sebelum majlis berakhir, turut diselitkan majlis penyampaian Sekampit Beras Buat Saudaraku kepada penduduk sekitar yang memerlukan. – HARAKAHDAILY 2/10/2018

- Advertisement -