Kukuhkan kerajaan, perkasakan parti

- Advertisement -

DALAM tumpuan gerak kerja mengisi kemenangan, gerak kerja parti tetap menjadi keutamaan. Antaranya ialah usaha memperbanyakkan lagi Cawangan PAS dalam Dun Jabi.

- Advertisement -

Kita menghadapi PRU14 dengan Jabi memiliki kekuatan sebanyak 24 Cawangan PAS. Berbanding dengan kita memiliki sebanyak 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), jumlah 24 Cawangan PAS dikira sedikit.

Gerak kerja intensif telah digerakkan dengan matlamat bagi tahun 2018, paling kurang Dun Jabi perlu memiliki 5 lagi Cawangan PAS baru.

Cawangan pertama yang berjaya ditubuhkan pasca PRU14 ialah Cabang 3 Oh sebagai cawangan ke 25 dengan Che Yusof Kadir dilantik sebagai Ketua Cawangan.

Semalam 28 September, Cawangan PAS Kampung Bukit Rambutan menyandang gelaran cawangan ke 26 berjaya diletakkan asas penubuhannya.

Ia suatu kebanggaan kerana Kampung Bukit Rambutan ialah kubu kuat Umno. Ketika musim kempen PRU14, kita gagal untuk membina walaupun satu pos pilihan raya di kampung ini. Sekarang kita mengorak langkah ke hadapan dengan semangat dan keazaman.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu – HARAKAHDAILY 29/9/2018

IMG 20180929 WA0014

IMG 20180929 WA0015

- Advertisement -