Peluang ketengah isu rakyat ke parlimen

- Advertisement -

KOTA BHARU: Orang ramai berpeluang mengetengahkan isu setempat ke parlimen bagi membolehkan kerajaan mengambil tindakan.

- Advertisement -

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang aduan serta cadang untuk dikemukakan di Dewan Rakyat boleh diajukan kepadanya. (Foto atas: Seorang penduduk menerima hamper daripada Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man.)

Katanya, ia dapat disalurkan menerusi laman Facebook rasminya, telefon atau email bagi membolehkan semua mesej disampaikan kepada pemerintahan.

“Bagaimanapun kami akan meneliti perkara itu terlebih dahulu sama ada boleh diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau perlu dibawa ke Dewan Rakyat.

“Jadi mana-mana iu yang berlaku di peringkat negara kita sedia menerima sebarang aduan,” katanya ketika ditemui selepa menyampaikan ceramah Hijratul Rasul dan kacau bubur asyura di Pasti al Husna Kampung Kedai Dewan Beta Salor di sini hari ini.

Turut hadir Adun Salor, Saiful Adli Abu Bakar; Timbalan Pengarah I MTD Salor, Ibrahim Isa; Timbalan Pengarah MTD II Salor, Mohd Nuri Yaacob dan Pegawai Khas Ahli Parlimen, Ustaz Mohamad Daud Omar.

Persidangan parlimen Belanjawan dijangka bermula 15 Oktober depan, diadakan selama dua bulan. – HARAKAHDAILY 28/9/2018

- Advertisement -