PAS tampil calon bersih di Port Dickson

- Advertisement -

KOTA BHARU: PAS menampilkan calon alternatif kepada pengundi di Port Dickson memilih pemimpin bersih yang tanpa disabit apa-apa kesalahan di mahkamah.

- Advertisement -

Sebaliknya berbeza dengan calon Pakatan Harapan (PH) yang disebut calon Perdana Menteri kelapan, pernah disabit kesalahan di mahkamah sebelum ini.

NasruddinDKetua Penerangan PAS Kelantan, Dato’ Mohd Nassurudin Daud berkata, PAS menampilkan pemimpin yang bersih tanpa terlibat dengan apa-apa kesalahan.

“PRK Port Dickson memberi peluang kepada pengundi membuat pilihan lebih tepat termasuk juga menilai kembali janji-janji PH ketika kempen Pilihan Raya Umum lepas,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.

Malam tadi PAS mengumumkan bekas pegawai tentera Lef Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar sebagai calon mewakili parti itu di PRK Port Dickson.

PRK Port Dickson menjadi gelanggang baharu kepada Ketua Umno PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut bagi menggantikan Dr Mahathir di kerusi perdana menteri.

Malah PRK Kajang pada 2013 juga diuarkan-uarkan sebagai medan kepada Anwar untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, namun ia tidak kecapaian.

PRK Permatang Pauh pada 2008 juga sengaja dicipta bagi membolehkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu kembali ke parlimen selepas dibebaskan daripada penjara.

Mohd Nassurudin juga berkata, Ketua Umno PKR itu diberi tempat untuk meneruskan perjuangan politik di pentas PAS selepas dipecat daripada Umno oleh Dr Mahathir. – HARAKAHDAILY 28/9/2018

- Advertisement -