Cadangan GAMIS untuk Bajet 2019

- Advertisement -

●     KAMI mencadangkan agar peruntukan untuk kos pengurusan dan pembangunan IPTA diberikan keutamaan berbanding sektor-sektor yang lain.

- Advertisement -

●     Kami mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Jabatan Wakaf Pendidikan Negara (JAWAPAN) untuk menampung kos perbelanjaan sektor pendidikan Negara.

●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikan biasiswa untuk pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah seperti MyBrain demi membuka peluang yang lebih besar kepada siswazah Negara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengekalkan Skim Latihan Industri seperti SL1M dan membuka ruang lebih ramai kepada anak muda untuk menyertai skim ini bagi mengurangkan kadar pengangguran anak muda dalam Negara Malaysia.

●     Kami mencadangkan agar kerajaan memansuhkan hutang PTPTN bagi semua anak muda dalam Negara kita Malaysia.

●     Kami mencadangkan agar kerajaan membuat potongan kepada kadar yuran pengajian buat semua mahasiswa yang datang daripada keluarga yang berpendapatan B40.

●     Kami mencadangkan agar kerajaan mengekalkan dan menambahkan insentif taraf hidup seperti Kad Siswa 1 Malaysia bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup mahasiswa Malaysia.

●     Kami mencadangakan agar kerajaan komited untuk melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1500.00 bagi graduan lepasan ijazah.

●     Kami mencadangkan agar diwujudkan satu skim bantuan kewangan untuk mahasiswa mengambil kelas memandu dan ujian lesen di pusat latihan memandu dalam Negara kita Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Istiqamah Bersama Islam

MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden,
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
17 Muharram 1440 / 27 September 2018 – HARAKAHDAILY 27/9/2018

- Advertisement -