Tok Pa: Tidak banyak merugikan Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno Kelantan lebih 20 tahun, Dato’ Seri Mustapa Mohamed telah mengucapkan selamat tinggal kepada Umno.

- Advertisement -

Dalam kenyataan selamat tinggal Umno itu, Mustapa yang senang dipanggil Tok Pa tidak disentuh tentang usaha Umno merapatkan diri dengan PAS.

Menurut veteran PAS, Haji Subky Latif, tetapi dengan tindakan Mustapa itu sehari selepas Umno bertandang ke Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Terengganu, maka boleh ditafsirkan dia tidak selesa dengan pendirian Umno itu.

Apapun, bagi beliau tindakan seorang diri Tok Pa itu dipercayai tidak mempengaruhi langkah Umno, yang payah diagak apakah ia langkah kanan atau langkah kiri, tetapi kelihatannya Umno amat positif.

“Tidak banyak yang merugikan Umno dengan pemergian Tok Pa, kerana dia tidak dilihat sebagai Umno Kelantan itu Tok Pa dan Tok Pa itu Umno Kelantan,” ujarnya menerusi tulisan dalam akhbar Harakah.

Malah, katanya Ibrahim Ali yang ‘dilensing’ daripada Umno sepanjang hayat lebih berakar umbi kepada Umno daripada Tok Pa.

“Selepas Tengku Razaleigh mengenepikan diri dari Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam waktu hampir 30 tahun ini dirasakan sebagai Umno Kelantan itu Annuar Musa dan Annuar Musa itu Umno Kelantan sekalipun pemimpin rasmi Umno Kelantan itu Tok Pa,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 26/9/2018

TULISAN SUBKY BOLEH DIBACA DALAM AKHBAR HARAKAH EDISI JUMAAT DI PASARAN.

- Advertisement -