KUIZM tawar KPAPI kepada masyarakat awam

- Advertisement -

GOMBAK: Masyarakat awam dipelawa mengikuti Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI) di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, di sini.

- Advertisement -

Kursus yang menawarkan pengajian ilmu-ilmu asas Agama dan Bahasa Arab itu telah dibuka pengambilannya bagi Sesi Oktober 2018.

Institusi pengajian tinggi swasta milik PAS yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ini sejak ditubuhkan telah menawarkan Pengajian Islam peringkat diploma dan kini diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi Marsuki.

Mutakhir ini, KUIZM turut menawarkan kursus persijilan berkaitan dan KPAPI ini amat sesuai disertai oleh mereka para pesara, warga pekerja atau mereka yang kekurangan masa.

Malah, pengajian ilmu asas agama dan Bahasa Arab ini juga sesuai untuk para pelajar universiti yang bukan daripada aliran Pengajian Islam bagi menambah pengetahuan.

Sesi pengkuliahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari dan akan berlangsung selama 2 semester pengajian.

Orang awam yang berminat boleh memohon secara atas talian atau mendapatkan borang di Pejabat KUIZM dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 010-3565616. – HARAKAHDAILY 18/9/2018

- Advertisement -