Kelab penyokong luar negara, ahli baharu DHPP

titm
- Advertisement -

KUALA NERUS: PAS akan melebarkan penubuhan Kelab Penyokong PAS di luar negara secepat mungkin.

- Advertisement -

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu perlu berbuat demikian sebagai menyahut seruan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.

Katanya, kerana itu parti melihat pemerkasaan Kelab PAS di luar negara seperti United Kingdom, Ireland, Jepun, Timur Tengah, Australia dan lain-lain.

“Rakyat Malaysia ramai yang bekerja dan belajar di luar negara, kerana itu kelab ini perlu ditubuhkan segera.

“Sekarang inipun mereka sedang ikuti muktamar PAS di tempat masing-masing,” ujarnya semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini.
.
dhppSementara itu, ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang baru di seluruh negara perlu digerakkan secara besar-besaran bermula sekarang.

Wakil DHPP, Balasubramaniam A/L Nachiappan berkata, ianya sebagai persiapan untuk menghadapi PRU15 akan datang.

Bala seterusnya berkata, terdapat beberapa buah negeri tidak memberi fokus terhadap DHPP.

“Akibat kurang peka, ada negeri tidak mampu menghantar perwakilan pada program Konvensyen DHPP yang diadakan di Terengganu sempena muktamar,” ujarnya.

Jelasnya, perkara itu begitu mendukacitakan kerana tidak peka terhadap golongan berkenaan yang mampu memberi kesan kepada PAS pada PRU15 akan datang.

“Ianya perlu diberi perhatian serius oleh pimpinan Pusat dan negeri. Tanpa sokongan semua peringkat sama ada negeri, kawasan dan bawahan ianya tidak akan berjaya,” ujarnya.

Beliau memberitahu pihaknya sedang berusaha untuk menyatupadukan masyarakat minoriti di negara ini melalui perjuangan PAS.

Pada masa yang sama, beliau berharap pimpinan turut menjemput anggota DHPP pada program yang dianjurkan parti.

Jelasnya, semoga dengan cara itu dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain di samping menyuntik semangat perjuangan bersama. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

- Advertisement -