Islam Memimpin tepat keperluan negara

kh
- Advertisement -

KUALA NERUS: Tema Muktamar Tahunan PAS ke-64 iaitu “Islam Memimpin” tema yang tepat dengan keadaan semasa setelah rakyat menyaksikan kegagalan Barisan Nasional setelah 60 tahun dan kini rakyat melihat sendiri kegagalan kerajaan Pakatan Harapan.

- Advertisement -

Tema yang tepat ketika mana manusia semakin rosak dari pelbagai aspek seperti ekonomi, pendidikan, pembangunan dan lain-lain.

Demikian dinyatakan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar PAS Tahunan ke-64.

“Kemenangan besar di Tereangganu dan Kelantan boleh dijadikan modek bagi membuktikan gaya Islam memimpin dan ia adalah satu tanggungwab yang besar.

“Walaupun begitu perjuangan untuk mengisi sebuah kemenmagan lagi besar usaha dan pengorbanannya sepertimana pada zaman Rasulullah SAW perjuangan baginda dibahagikan kepada dua marhalah.

“Marhalah pertama di Mekah manakala marhalah kedua di Madinah yang mengambil masa 13 tahun lebih lama berbanding Mekah untuk proses mengisi kemenangan,” ujar beliau.

Khalil menjelaskan apabila tema “Islam Memimpin” dipilih PAS akan berdepan dengan cabaran besar di luar.

Beliau turut menjelaskan berkaitan hukuman takzir yang dilaksanakan di Terengganu ternyata menjentik pelbagai pihak bersuara sehingga melibatkan rangkaian LGBT luar negara.

“Dalam konteks Islam Memimpin kita akan berhadapan dengan musuh-musuh Islam dari dalam dan luar yang bakal menguji kekuatan pimpinan dan ahli.

“Terima kasih pimpinan PAS Pusat kerana memberikan peluang kepada calon pemuda bertanding walaupun tidak memncapai kemenangan mutlak.

“Kita semua telah mendengar dan membaca bahawa 1 sistem pilihan raya akan berlaku seperti penurunan kelayakan usia kelayakan mengundi.

“Inilah merupakan satu cabaran kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk memastikan peranan anak muda digunakan dalam kemenangan PRU akan datang,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

- Advertisement -