Hanya Islam jadi pilihan, tiada kedua

- Advertisement -

KUALA NERUS: Perjuangan suci untuk merealisasikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain tetapi manusia sedia memikul tanggungjawab.

- Advertisement -

Intipati Surah Taubah yang menjelaskan bahawa generasi akan datang tidak mampu mencapai kecemerlangan melainkan kembali kepada Islam sepertimana golongan-golongan terdahulu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Saleh berkata demikian semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-64.

“Dekatkan diri dengan Al-Auran kerana Allah SWT angkat sesuatu dengan Al-Quran dan mesti kembali apa yang telah ditetapkan dalam Al-Quran.

“Isu berkaitan umat Islam sejagat seperti di Palestin dan beberapa negara Islam perlu diberikan perhatian agar kebersamaan untuk saling membantu menentang kezaliman,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/9/2018

- Advertisement -