PAS pimpin masyarakat dengan Islam

- Advertisement -

KUALA NERUS: Ucapan Dasar Presiden PAS menggariskan hala tuju pentadbiran khususnya dua negeri yang ditadbir oleh parti itu hendaklah dengan merujuk kepada Islam.

- Advertisement -

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika ditemui selepas majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-64.

Justeru ketanya, ucapan tersebut perlu dihayati khususnya oleh ahli-ahli PAS di dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan bagi memacu kemajuan negeri seterusnya menjadi modal dan model bagi PAS untuk dipaparkan menuju PRU15.

“Ucapan Tuan Guru juga mengajak semua ahli meletakkan diri mereka sebagai pemimpin masyarakat yang memimpin rakyat dengan Islam.

“Memimpin menuntut kita semua tegas dengan prinsip dan strategi yang digariskan bagi mencapai matlamat.

“Jangan pula ahli PAS yang dipimpin oleh media massa yang secara lazimnya tidak menjadikan Islam sebagai panduan bernegara,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 15/9/2018

- Advertisement -