Sumber manusia tingkatkan daya saing

- Advertisement -
KUALA TERENGGANU: Pengukuhan pengurusan PASTI secara profesional perlu disusun agar mampu memenuhi daya saing terutama pada aspek sumber manusianya.
 
Perwakilan Majlis Guru PASTI, Saadiah Abu Bakar berkata, program dan latihan masih perlu ditambahbaik mengikut arus perkembangan pendidikan semasa menerusi penglibatan tenaga pakar.
 
“Kebajikan dan perihal guru dari sudut imbuhan dan kemampuan sara hidup guru PASTI. Membantu ibu tunggal di kalangan guru-guru PASTI untuk mendapat rumah dan kediaman sendiri. 
 
“Terdapat guru-guru ibu tunggal masih lagi menyewa bertahun-tahun lamanya. Tiada siapa yang sudi menghulurkan bantuan bagi mereka mendidik anak-anak untuk berteduh. 
 
“Mungkin pihak PASTI boleh melihat kepada komitmen guru tersebut yang berada berapa lama di dalam PASTI. Skim ahli kifalah ahli PAS yakni skim menggantikan KWSP,” ujarnya.
 
Perkara itu dinyatakan dalam perbahasan Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Pemuda PAS Kali Ke-59 di Duyong Marina & Resort, di sini hari ini.
 
Beliau menyeru agar santuni juga pengundi dengan melibatkan diri dalam aktiviti PASTI yang sering melibatkan kalangan ibu bapa.
 
Beliau juga menyeru menjadikan PASTI sebagai pusat pendidikan setempat dengan melaksanakan juga tuisyen, kelas masak, kelas mengaji dan juga pusat didikan al-Quran bagi anak-anak istimewa. 
 
“Kami diberi peluang oleh PASTI Malaysia untuk duduk di dalam sesuatu kursus iaitu yang dilaksanakan oleh Yayasan al-Faqih yang melahirkan anak-anak kurang upaya,” ujarnya gembira dengan usaha itu. -HARAKAHDAILY 14/9/2018
- Advertisement -