PAS tidak letak calon PRK Port Dickson

taki3
- Advertisement -

PAS mengambil keputusan tidak meletakkan Calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson yang bakal diadakan ekoran perletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

- Advertisement -

Perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bermesyuarat semalam di Kuala Terengganu dipengerusikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Keputusan ini dibuat kerana PAS merasakan Pilihan Raya Kecil yang sengaja ‘dicipta’ bukanlah suatu amalam demokrasi yang baik, malah ia menyebabkan pembaziran wang awam dan masa serta mengikis minat rakyat untuk keluar membuang undi. Parlimen Port Dickson juga bukanlah kawasan yang berpotensi untuk PAS meletakkan calon.

Sehubungan dengan itu PAS turut memutuskan akan memberikan sokongan kepada mana-mana Parti Pembangkang lain yang berhasrat meletakkan calon termasuklah sama ada Umno ataupun MIC. Ini juga selaras dengan semangat solidariti parti-parti Pembangkang untuk menambahkan bilangan Ahli Parlimen Pembangkang dalam rangka mewujudkan proses semak dan imbang (check and balance) terhadap Parti Pemerintah.

“SEJAHTERA BERSAMA ISLAM”

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 13 September 2018 – HARAKAHDAILY 13/9/2018

- Advertisement -