Siapa Honey Tan nak desak Akta Syariah dipinda?

- Advertisement -

HARI ini Ahli Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) bernama Honey Tan telah, di dalam sidang media beliau bersama-sama Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Rozana Isa, dan Pengasas Justice for Sisters, Thilaga Sulathireh, yang mewakili The Joint Action Group for Gender Equality atau Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG), telah dilaporkan oleh portal berita Malaysia Kini sebagai berkata:

- Advertisement -

●      “It is untrue and inaccurate that the Federal Government is unable to do anything about The State Syariah Criminal Enactments” (“Adalah tidak benar dan tidak tepat bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mampu berbuat apa-apa mengenai Enakmen-enakmen Jenayah Syariah Negeri”).

●     “The same way the Parliament of Malaysia can actually increase the sentencing capabilities of the Syariah Court, it can also reduce” (“Cara sama Parlimen Malaysia boleh meningkatkan kadar hukuman Mahkamah Syariah, ia juga boleh mengurangkan”).

●     “So what we are calling is for Act 355 to be amended or repealed” (“Jadi apa yang kami desak ialah supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda atau dimansuhkan”).

●     “Of course, the bigger call by JAG is that we are calling for the AG to review all Syariah Criminal Enactments of the States to ensure that they are constitutional” (“Sudah tentu, desakan lebih besar JAG adalah bahawa kami mendesak Peguam Negara untuk mengkaji semula semua Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri bagi memastikan bahawa enakmen-enakmen ini adalah berperlembagaan”).

●      “If they are not, then they should be repealed” (“Jika enakmen-enakmen ini adalah tidak (berperlembagaan), maka enakmen-enakmen ini hendaklah dimansuhkan”).

Saya tertanya-tanya apa hak Honey Tan sebagai seorang bukan Islam untuk mendesak supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dipinda atau dimansuhkan malah lebih jauh lagi untuk mendesak supaya semua Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri dikaji semula dan dimansuhkan jika enakmen-enakmen ini adalah tidak berperlembagaan? – HARAKAHDAILY 12/9/2018

- Advertisement -