Seri Setia janji masa depan positif buat PAS

- Advertisement -

PERATUSAN keluar mengundi sebanyak 44 peratus dalam PRK Seri Setia ini sesungguhnya adalah satu angka yang rendah dan tidak mencerminkan 53,592 pengundi yang berdaftar di Dun ini.

- Advertisement -

Keputusan tidak rasmi menunjukkan undi popular PH merosot sekitar 8 peratus manakala undi popular PAS jauh melonjak lantas menjanjikan masa depan yang positif buat PAS dan blok pembangkang khasnya di Selangor.

Manakala berdasarkan keputusan di peringkat saluran PAS kembali memenangi keyakinan anak-anak muda khasnya dikalangan pengundi-pengundi Melayu. PAS juga kali ini menang diempat Unit Peti Undi (UPU) berbanding tidak ada satu pun UPU dalam PRU14.

Dalam pada itu kerjasama PAS-Umno dalam PRK ini ternyata adalah satu strategi politik baru yang berkesan dan perlu terus diterokai memandangkan ianya diterima baik dan dialu-alukan oleh masyarakat.

PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi calon PAS, Dr Halimah Ali dan PAS akan terus bersama-sama rakan-rakannya memain peranan memberikan kesedaran politik kepada rakyat sehinggalah berlaku satu perubahan politik baru menjelang PRU ke-15 nanti.

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor – HARAKAHDAILY 9/9/2018

- Advertisement -