Seruan buat pengundi muda PRK Seri Setia

- Advertisement -

PILIHAN Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia akan berlangsung kurang 24 jam dari sekarang. Kempen-kempen sedang rancak berjalan bagi merebut undi rakyat di Seri Setia.

- Advertisement -

Bagi anak muda mereka bebas memilih berdasarkan kemampuan akal dan iman mereka yang segar. Namun siapakah calon yang layak untuk dipilih. Itu terpulang pada pertimbangan waras dan kebertanggungjawaban anak muda terhadap amanah undi yang bakal dilakukan.

PRU14 anak muda buktikan kuasa memilih anak muda pada kerajaan lama sehingga kerajaan lama tumbang. Ini mungkin kerana pertimbangan ramai anak muda merasakan ketidakpuasan hati dengan pemerintahan lama. Maka kerajaan 60 tahun itu dihukum kerana anak muda ingin melihat perlunya perubahan.

Kali ini, kuasa mengundi itu juga ada di tangan pengundi terutama anak muda. Jangan mengaku kalah awal dengan memboikot dan tidak keluar mengundi. Ini bukan sikap seorang anak muda yang “berundur” sebelum “bertempur”.

Jika PRU14 pengundi boleh menongkah arus menolak parti kerajaan, kenapa kali ini keputusan yang sama tidak boleh dilakukan kepada calon dan parti kerajaan memerintah. Atas asas, kerajaan yang baru seusia 100 hari lebih ini pun sudah berani menipu rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan, bagaimanakah nasib rakyat yang perlu tunggu sehingga 5 tahun akan datang.

Saya menyeru orang muda/pengundi muda agar ramai-ramai keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Seri Setia kali ini. Esok 8 September 2018 anak muda bangkit tunaikan amanah ini dan memilih calon dari Parti PAS iaitu Dr Halimah Ali. Mudah-mudahan pilihan ini diterima oleh Allah sebagai amalan soleh.

Stand By Me and I Will Stand Up For You, “Dr Halimah Ali”

SYARHAN HUMAIZI HALIM
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
26 Zulhijjah 1439 | 7 September 2018 – HARAKAHDAILY 7/9/2018

- Advertisement -