Calon PAS persoal SPRM tahan bekas Adun

- Advertisement -

PETALING JAYA: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Seri Setia, Dr Halimah Ali mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Adun Selangor dalam suasana kempen masih berlangsung.

- Advertisement -

Beliau yang terkejut dengan penahanan bekas Adun itu berharap SPRM menjalankan tugas dengan baik dan profesional.

Katanya, bekas Adun itu perlu diberi peluang untuk membela diri.

“Bagi kami tiada masalah. Beliau ada hak dan masih tidak bersalah selagi tidak disabitkan bersalah,” katanya.

Beliau juga berharap perkara itu tidak dipolitikkan kerana masih ada isu yang lebih besar yang melibatkan orang lain.

“Dalam PAS, kita sentiasa konsisten iaitu benar tetap benar, salah tetap salah,” tegasnya kepada media. – HARAKAHDAILY 4/9/2018

- Advertisement -