PRK Seri Setia: Kaum Tionghua patut undi Dr Halimah

- Advertisement -

DUA malam lepas, rombongan kami dari petugas DUN Chukai di PRK Seri Setia makan malam di sebuah restoran di sekitar Sunway Mentari. Seorang Tionghua memerhati kami seakan-akan mahu menegur. Saya perasan dia melihat kami, tetapi kami anggap hanya melihat sahaja.

- Advertisement -

nik nasriUsai makan, beliau mahu keluar. Isterinya spontan menyebut kepada kami: “Semalam Dr Halimah ada ceramah di tempat kami”. Saya agak terperanjat. Hanya sempat mengangkat ibu jari tanda bagus kepada lelaki Cina itu yang kelihatan namanya pada baju tertulis Michael Lim.

Bila mahu membayar, diberitahu bahawa lelaki tadi telah membayarnya. Saya tanya, siapa lelaki itu? Diberitahu, beliau ialah ketua masyarakat di situ.

Saya mahu minta maaf kepada saudara Michael Lim kerana tidak menegur anda sebelumnya. Bukan sombong, tetapi takut tersilap tegur, dikata hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Saya tidak kenal tuan, tetapi saya rasa tuan dan isteri boleh jadi contoh kepada kaum Tionghua lain bahawa masih ada dan ramai Tionghua yang menyokong PAS, termasuk dalam PRK di Seri Setia.

Dr Halimah berpengalaman luas dalam kerajaan Selangor sebelum ini. Saya yakin pengundi dan rakyat dapat menilai khidmat bakti yang dicurahkan sebelum ini. Juga sebagai tanda protes terhadap kerajaan PH yang gagal menyempurnakan janji 100 harinya. – HARAKAHDAILY 3/9/2018

- Advertisement -