Pengikut syiah ditahan akan didakwa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penularan fahaman syiah dapat dihalang di mana kerajaan negeri mengambil langkah proaktif bagi mengekang penyebarannya.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serata, Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, sesiapa yang melakukan kesalahan yang didapati bertentangan dengan agama akan ditahan tanpa mengambilkira latar belakang parti politik.

“Nak kata serius sangat itu tidaklah cuma kita kena bendung dari awal, tetapi penyiasatan tetap dilakukan dan mereka yang ditahan akan didakwa.

“Sebelum ini kita hanya mendengar gerakan penganut syiah tetapi selagi kita tidak boleh buktikan, kita tidak boleh mengambil tindakan,” katanya

selepas merasmikan Seminar Bahaya Islam Liberal di Kelantan Trade Center (KTC) di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Shahidani Abdul Aziz, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Dato’ Abdul Fattah Mahmood dan Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru, Dato’ Dr Johari Mat.

Baru-baru ini seramai 50 pengikut syiah ditahan di Jalan Sri Cemerlang bersama naskhah buku yang berkaitan dengan mazhab terbabit.

Ketika sambutan Aidiladha baru-baru ini Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu dilapor hadir pada sebuah markas syiah di selatan Thailand. – HARAKAHDAILY 2/9/2018

- Advertisement -