Dr Halimah berkongsi rahsia kejayaan anak

- Advertisement -

PETALING JAYA: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali berkongsi rahsia kejayaan akademik anak-anaknya lebih daripada aspek-aspek yang lain.

- Advertisement -

Dalam membesarkan anak-anak, kata ibu kepada enam cahaya mata yang kini kesemuanya bergelar doktor perubatan berkata, beliau bersama suami sering memastikan anak-anak diberikan perhatian dan tumpuan dalam aspek agama, sahsiah, pelajaran dan kemahiran.

“Dua perkara sering saya tekankan kepada anak-anak saya, ketika makan iaitu ketika ahli keluarga berkumpul. sering saya ingatkan kalian adalah anak-anak pejuang.

“Kalian perlu berdisipiln dan sistematik dalam mengurus urusan akademik dan tuntutan harian,” katanya.

Beliau yang juga mantan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada penggal lalu turut menekankan pentingnnya doa seorang ibu demi kejayaan hidup di dunia dan di akhirat untuk anak-anak.

“Sesibuk mana pun seorang ibu itu, khususnya doakan setiap anak dengan menyebut nama mereka dalam di setiap doa seorang ibu,” ujarnya lagi.

Dr Halimah Ali yang berdepan dengan calon Pakatan Harapan, Halimey Abu Bakar pada PRK ini merupakan pengamal perubatan di hospital swasta selama 25 tahun dan telah menubuhkan dua buah klinik sendiri di Klang.

Sepanjang bergelar doktor perubatan beliau telah menabur khidmat kepada masyarakat hampir 30 tahun sebelum menjejakkan langkah ke arena politik.

Pencapaian semasa menjadi barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor, beliau telah banyak menyumbang kepada sektor pendidikan untuk anak-anak Selangor.

Dr Halimah merupakan pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITIS), pengasas Kelas Agama Menengah Arab (KAMA), pengasas Quranic Botanical Garden di SRA dan SRI Farabi Kampung Delek dan pengasas Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

Menjadi keutamaan kepada Dr Halimah mengutamakan aspek pendidikan anak-anak bangsa, beliau antara yang berjuang hak pendidikan anak bangsa telah mengasaskan program tuisyen Rakyat Selangor dan merupakan pengasas Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS). – HARAKAHDAILY 27/8/2018

- Advertisement -