SST: PH tiada pendekatan baru

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak memiliki pendekatan baru apabila mengambil kaedah percukaian SST (sales & services tax) yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional disebabkan cukai tersebut yang bermasalah.

- Advertisement -

“SST menyebabkan kekurangan hasil negara,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah umum di PPR Lembah Subang, malam tadi.

Tambah beliau, cukai itu perlu kepada sebuah solusi lain untuk mengatasi masalah inflasi, kenaikan harga barangan, nilai wang yang tidak stabil, peluang pekerjaan yang tidak diurus, kos sara hidup dan kuasa beli rakyat yang lemah

Kata ahli Parlimen Marang tersebut, kesemua masalah itu adalah disebabkan oleh pengundian pada PRU14 lalu berdasarkan maklumat-maklumat media sosial semata-mata

Beliau menyeru para pengundi di PPR Lembah Subang untuk memberikan undi kepada PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia pada 8 September ini. – HARAKAHDAILY 20/8/2018

- Advertisement -