FAMA bantu pemasaran hasil petani T’ganu

- Advertisement -

MAJLIS Menandatangani Perjanjian Jual Beli antara FAMA dan Usahawan Ladang Kontrak di Rhu 10 Setiu Terengganu. Hadir sama Pengarah Pertanian Negeri Terengganu dan Pengarah FAMA Negeri Terengganu. Tembikai, labu manis dan lada merah ialah tanaman yang diusahakan oleh para petani di sini.

- Advertisement -

Saya telah menyaksikan Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Hasil Tanaman antara pihak petani dan FAMA dengan jaminan hasil keluaran dari ladang ini akan dibeli dan dipasarkan oleh pihak FAMA Terengganu tanpa petani perlu bimbang akan masalah pasaran nanti.

Komitmen Kerajaan Negeri Terengganu untuk membantu para petani sama ada dari aspek khidmat nasihat teknikal, pemberian tanah pertanian dalam bentuk RTB Pertanian dan LMS, bantuan modal, kemudahan infrastruktur pengairan serta jalan ladang dan urusan pemasaran hasil tanaman.

Menjadi hasrat kita supaya rakyat mendapat ruang dan peluang yang selesa untuk mencari rezeki. Kita berbangga dengan rakyat yang hanya minta pancing, bukannya minta ikan. Kelompok masyarakat yang rajin berusaha ini layak dibantu.

Dalam kita mencari rezeki, halal dan berkat adalah matlamat kita. Tuan puan para petani melaksanakan satu tugasan yang sangat mulia. Bekerja untuk memberi makan orang lain. Bertani bukan hanya satu ibadat, tetapi ia juga usaha untuk menjamin kelangsungan bekalan makanan penduduk.

YB DR AZMAN IBRAHIM 
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu.
15 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 16/8/2018

IMG 20180816 WA0016

IMG 20180816 WA0015

IMG 20180816 WA0014

- Advertisement -