Jadikan PRK Seri Setia ‘Referandum Rakyat’

- Advertisement -
PETALING JAYA: PRK N.32 Dun Seri Setia perlu menjadi referandum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan PH, demikian seru Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi.
 
Beliau yang juga Pengarah Operasi PAS PRK Dun Seri Setia mengajak seluruh pengundi pelbagai kaum di situ memberikan satu signal yang jelas kepada PH kerana jelas tidak boleh diharap. 
 
“Dalam tempoh dan pilihan raya kali ini, Allah telah atur satu perjalanan tempoh penamaan calon lebih kurang tempoh 100 hari PH menjadi kerajaan. Dalam tempoh itu jugalah mereka gagal untuk melaksanakan janji-janji mereka dalam manifesto yang mereka telah gariskan. 
 
“Oleh sebab itu saya mengajak pada seluruh rakyat termasuk juga pengundi-pengundi PH yang lalu, kali ini supaya menjadikan pilihan raya ini sebagai satu referendum rakyat memberikan satu signal yang jelas bahawa rakyat kita semua tidak suka kepada penipuan. Biar kita ajar PH, kita didik mereka dengan pendidikan politik. 
 
“Sebab dalam sistem pilihan raya dalam negara kita apabila parti daripada kerajaan meletak calon dan pembangkang meletak calon, sudah tentu PAS sebagai parti pembangkang bersama rakan-rakan yang lain dalam Pakatan pembangkang, Umno, parti-parti yang lain juga dan bersatu di dalam Pakatan Pembangkang untuk membentuk satu sistem ‘Check  and  Balance’ yang kukuh dalam negara kita,” serunya.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap pada ceramah khas sempena Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK N.32 Dun Seri Setia di Desa Mentati, dekat sini sebentar tadi.
 
Menurutnya, pertandingan yang dijangka dengan calon PKR yang mewakili komponen dalam PH itu sekiranya mereka menang, tidak menambah apa-apa kepada kerajaan, namun sebaliknya jika mereka kalah katanya, calon yang kalah pasti akan menjadi Penyelaras DUN atau tetap ada jawatan dalam kerajaan. 
 
“Kalau dia menang, bererti kita gagal untuk menghantar suara yang kuat bagi memberikan satu pendidikan politik kepada PH. Sebab itu saya percaya rakyat matang PRK kali ini akan memberikan undi kepada PAS bagi membina dan membentuk satu suara ‘check and balance’ yang kuat dalam Dewan Undangan Negeri. 
 
“Sebab Pakatan Harapan kalau dia menang pun dalam sistem negara, negeri kita, dia tetap akan dilantik dan tetap ada jawatan dalam kerajaan kita. Oleh sebab itu kita harap Pilihan raya kali ini seluruh masyarakat sebagaimana saya sebut jadikan pilihan raya sebagai satu referendum untuk memberikan satu pengajaran.
 
“Satu pendidikan kepada PH yang ternyata gagal untuk memberikan satu melunaskan janji mereka dalam pilihan raya yang lalu, apatah lagi dengan segala himpitan yang berlaku kepada masyarakat kita pada hari ini tidak sebagaimana janji yang mereka pernah janjikan dahulu,” serunya. -HARAKAHDAILY 15/8/2018
- Advertisement -