Dr Halimah Ali calon PAS PRK Seri Setia

- Advertisement -

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Halimah Ali diisytiharkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Seri Setia.

- Advertisement -

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon N.32 Dun Seri Setia di padang permainan Desa Mentari di sini, sebentar tadi.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, N Balasubramaniam dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi turut berucap sebelum itu.

Dr Halimah, 58, yang pernah memenangi Dun Selat Klang pada PRU 2008 dan PRU 2013 merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor (2008-2014).

Biodata Dr Halimah.

Pendidikan:
Elizabeth Matriculation College, Hobart, Tasmania
Bachelor Med. Sc.(Tasmania, Australia)
Bachelor Of Medicine, Bachelor Of Surgery (Tasmania, Australia)
Diploma Tasawwur Islam(Pelajar Terbaik)

Pengalaman Kerja
Hospital Universiti, Petaling Jaya
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak Klang
Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-kanak, Shah Alam
Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
Pengamal Perubatan Swasta selama 19 tahun di dua buah klinik, Klang

Penglibatan Dalam Masyarakat
Sukarelawan Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Untuk:
Bencana Tsunami, Meulaboh, Aceh
Bencana gempa bumi Kashmir/Pakistan
Bencana gempa bumi Yogyakarta
Mangsa perang Lebanon
Rakyat miskin mangsa Rejim Pol Pot Kampuchea
Mangsa banjir TDDI Jaya, Kampung Kebun Bunga, Shah Alam dan Johor
Aktivis Kempen Jerebu
Aktivis Kempen kesedaran kanser
Co-Author Buku Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jilid 1(SPBT)
Kolumnis majalah Ummi
Pendakwah bebas di jabatan dan agensi kerajaan , swasta, masjid dan surau
Motivator jemputan di IPT, sekolah-sekolah dan tadika
Pernah menjadi doktor undangan untuk program kesihatan di RTM (radio dan televisyen)
Berjaya mengerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah Kampung Melayu Nelayan Telok Gong.
Berjaya menggerakkan pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah penduduk Taman Sentosa Perdana.
Berjaya menjadi pemangkin untuk menggerakkan pihak berwajib untuk membina SRJK(T) Jalan Tepi Sungai, Klang dengan kadar segera.
Berjaya menyediakan 70x Klinik Bergerak Percuma di seluruh Dun Selat Klang termasuk Pulau Ketam, Sungai Lima dan Bagan Hailam
Berjaya menjadi pemangkin penyediaan klinik bergerak oleh pihak berwajib.

Jawatan dalam NGO
2005-2007: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, Yayasan Amal Malaysia
2007-sekarang: Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia
Merangkap Ketua Biro Pembangunan Wanita & Keluarga Amal Malaysia
Merangkap Naib Pengerusi Yayasan Amal Selangor
2007-sekarang: Ketua Biro Perubatan & Kesihatan, MACMA Pusat (Malaysian Chinese Muslim Association)
2001Pengurus Pusat Motivasi Islam Cemerlang
2000 Pengasas Kelab Remaja Intan Islam
2003 Pengasan Kelab Ibu Muda
2005 Pengasas Kelab Remaja Explorers Islam
Pengarah Pustaka Gedung Ilmu

Penglibatan Dalam Politik
Jawatan dalam parti:
Timbalan Pengerusi Biro Solidariti (Perpaduan) Nasional PAS Pusat
Exco Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengerusi Biro Solidariti Dewan Muslimat PAS Pusat
Exco Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Exco PAS Kapar
Ketua Editor bulletin Mandarin Ren Min Shi Shi
Editor risalah Tamil Makkal Sethi – HARAKAHDAILY 15/8/2018

watikah

Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan watikah calon kepada Dr Halimah. (Foto oleh Mohd Aziha Abdullah)

- Advertisement -