‘Under the moonlight 2’

- Advertisement -

ISLAM adalah jalan penyelesaian, ini keyakinan PAS kerana itu sejak dulu PAS membawa agenda Islam di pentas politik Malaysia, menawarkan sebuah negara yang ditadbir urus oleh Sistem Ilahi yang pastinya bersifat adil kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

- Advertisement -

Di tengah masyarakat yang sekian lama dan selesa ditadbir oleh sistem penjajah, PAS terpaksa melalui jalan sukar dan panjang, memikul beban sarat dengan pemberat musuh yang sentiasa menekan tulang belakang PAS agar terhenti dari terus membawa agenda Islam.

PAS memilih ‘Muwajahah Silmiah‘ pertembungan secara aman di dalam medan politik Malaysia, bersenjatakan ilmu dan berkubukan Tarbiyyah, melalui serangan dakwah PAS terus melangkah, mengatur strategi demi strategi dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikon.

PAS tidak memilih jalan kemenangan yang singkat, kerana bagi PAS kemenangan itu ialah apabila dapat melaksanakan Syariat Allah S.W.T yang pastinya dipenuhi limpahan rahmat dan kasih sayang kepada sekalian alam, bukan kemenangan yang hanya dapat menggantikan satu sistem jahiliyyah kepada jahiliyyah yang lain.

Dengan akidah bahawa hanya hukum Allah S.W.T sahajalah yang paling sempurna, ia menjadi prinsip, dasar dan matlamat perjuangan, PAS tegas dan tegar berjuang di atas prinsip ini. Akidah bukan sepertinya selipar di kaki yang silih berganti, ia satu ketetapan yang tidak boleh bertukar ganti, kerana redha Ilahi berada di sini.

Ikatan keyakinan yang erat dan utuh terhadap ke-Esaan, ke-Agungan dan kekuasaan Allah S.W.T sahajalah yang mengepung akidah perjuangan agar tidak terburai. Kita tidak mati kerana kita PAS dan tidak juga terus hidup kerana kita Umno atau PH. Kita teruskan perjuangan untuk menegakkan Hukum Allah ini sehingga menang atau mati kerananya.

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur – HARAKAHDAILY 15/8/2018

 

- Advertisement -