Pindaan Perlembagaan: Tiada kuasa memaksa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Satu pindaan undang-undang pernah dibuat sewaktu Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri ke-4 atas ‘act and advise‘ (tindakan dan nasihat) telah diluluskan di Dewan Rakyat pada tahun 1993 iaitu melibatkan perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181.

- Advertisement -

Namun atas semangat pindaan perlembagaan, setiap negeri telah memasukkan perlembagaan yang sama dalam perlembagaan tersebut dan hanya beberapa negeri yang tidak menguatkuasakan undang-undang itu atas tidak mendapat perkenan daripada sultan, antaranya Kelantan dan Kedah.

takiyudinJusteru itu, Dato’ Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dalam sidang Dewan Rakyat pagi ini meminta Tun Mahathir menjelaskan sama ada Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat menguatkuasakan perkara tersebut ke setiap negeri-negeri selaras dengan semangat pindaan perlembagaan (spirit of constitution) sebagaimana semasa beliau menjadi Perdana Menteri ke-4 lalu.

Memberi penjelasan berhubung perkara itu, Mahathir menyedari kerajaan tidak mempunyai kuasa paksaan berbanding negara-negara lain.

Ulasnya, biarpun perlembagaan di negara ini meniru perlembagaan Britain tetapi tidak pernah berlaku Queen dan King di Britain menolak keputusan parlimen atas satu formaliti memberi gambaran jelas bahawa seluruh parlimen mempersetujui.

“Tetapi dalam undang-undang pindaan ini kuasa rakyat ditentukan tidak boleh sesiapa pun menolak kuasa rakyat dalam membentuk undang-undang.

“Kalau di peringkat negeri tidak diluluskan tetapi kalau ada berlaku sesuatu yang melibatkan undang-undang persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong tanda tangan maka undang-undang persekutuan biasanya super sit undang-undang negeri,” katanya. – HARAKAHDAILY 14/8/2018

- Advertisement -