Titah Tuanku Sultan Kedah serlah kebijaksanaan

- Advertisement -

PAS Kedah merakamkan ucapan sembah tahniah KDYMM Tuanku Sultan Kedah di atas Titah Ucapan sempena Istiadat Perasmian Pembukaan, Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-14.

- Advertisement -

DrAhmadFakhTitah yang merupakan batu asas pemerintahan negeri, amat mampan dan menyentuh keseluruhan ruang lingkup pemerintahan dan secara tidak langsung menyerlahkan kebijaksanaan, keperihatinan serta fokus KDYMM Tuanku mencerap setiap sudut keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak.

PAS berpandangan skop titah KDYMM Tuanku meliputi pencerahan pemakaian undang-undang Tubuh Negeri, keintiman hubungan antara rakyat dengan Institusi Raja, mengenengahkan konsep ‘Pemimpin dekat di hati rakyat’, pembangunan sosioekonomi, pelan pembangunan pendidikan, keperluan pemimpin berintegriti dan beberapa hal lagi berkaitan dengan kelestarian pentadbiran negeri.

Sehubungan itu juga, apa yang menarik adalah  kebijaksanaan baginda menonjolkan beberapa patah perkataan bahasa kedah seperti  “ghepu, ghincik haluih, hemoi” serta berselang seli dengan simpulan bahasa dan ini menjadikan titah ucapan itu lebih menarik.

Justeru itu, PAS Kedah sedia menyatakan istiqamahnya untuk memberi komitmen ke arah mensejahterakan rakyat dan negeri seperti yang harapkan oleh KDYMM Tuanku menerusi ruang demokrasi yang ada di samping berusaha merealisasikan impian baginda.

PAS juga komited melalui Adun-Adunnya yang diberi mandat oleh rakyat berusaha bersama-sama berkongsi pandangan dan idea  untuk mengembalikan kedudukan Kedah sebagai sebuah kerajaan yang dihormati suatu ketika dahulu.

DR AHMAD FAKHRUDDIN FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
13 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 13/8/2018

- Advertisement -