PRK Sungai Kandis masih satu andaian

- Advertisement -

MARANG: PAS masih lagi dalam kajian hasil dapatan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai untuk menilai bahkan ia masih lagi dalam andaian dan PAS menggalakkan ahli-ahli PAS untuk keluar mengundi.

- Advertisement -

Mereka digalakkan mengundi mana-mana pihak yang lebih untuk kebaikan umat Islam walaupun PAS tidak bertanding.

Peratus mengundi juga kurang dan berkemungkinan ahli PAS ramai yang keluar mengundi dan pihak lain tidak keluar mengundi atau sebaliknya.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu di Dewan Majlis Daerah Marang, Kampung Paya, petang semalam.

Katanya, berkaitan PRK Seri Setia dan Balakong ianya akan diputuskan melalui mesyuarat setelah memperolehi laporan dan maklumat sepenuhnya dari Badan Perhubungan PAS Selangor.

“PAS mengalu-alukan peluang diberikan dan sesiapa yang bakal menjadi calon ia berdasarkan kepada laporan daripada PAS Negeri Selangor.

“Saya sendiri tidak melihat lagi calon-calon dan sekarang ini terlalu awal untuk menentukan keputusan dan petang esok (ini) akan diputuskan dalam mesyuarat,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 11/8/2018

- Advertisement -