KAMI sertai misi kemanusiaan ke Lombok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) telah berlepas malam tadi dari KLIA 2 ke pulau peranginan Lombok, Indonesia di bawah misi ‘Kemanusiaan Lombok Bergegar’ yang dipercayai akan berkampung di situ bermula 10 Ogos hingga 12 Ogos.

- Advertisement -

Menerusi Facebook akaun milik Naraza Muda yang juga merupakan peserta misi bantuan tersebut mencatat ketibaan KAMI akan disambut oleh NGO bencana Hilal Ahmar di bandar Udara Internasional Lombok pada awal pagi tadi.

Ujarnya, perjalanan dijangka mengambil masa enam jam berbanding empat jam sebelum ini ke kawasan bencana di pulau peranginan Gunung Rinjani antara lokasi yang paling terkesan susulan kejadian gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter menggegar Lombok seminggu lalu.

“Tugasan utama kami selain menyerahkan sumbangan yang diusahakan oleh Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), juga akan membawa laporan dari sana berdasarkan kemampuan yang ada. InshaAllah,” tulis beliau pada Facebook miliknya tengah malam tadi.

Kemaskini akaun Facebook pada lima puluh minit lalu mencatatkan pasukannya sedang bergerak ke Lapangan Terbang Sepak Bola, Lombok Utara.

“Kami diarahkan makan siap-siap kerana seluas-luas kawasan itu tiada warung makan kerana musnah. Bahasa di sini semuanya rata,” catat beliau.

Kemaskini akaun miliknya sebelas minit lalu beliau menulis status “Solat Jumaat di atas padang” pada sekeping gambar yang didapati terdapat beberapa khemah didirikan dan beberapa penduduk dilihat sedang menyiapkan ruangan untuk mengerjakan solat Jumaat.

Dimaklumkan, selain beliau turut menyertai misi bantuan tersebut adalah tiga lagi rakan beliau wartawan KAMI Sazali Mohd Noor, jurukamera KAMI, Solahuddin al-Idrus dan seorang lagi kenalan yang hanya dikenali Pok Abbas.

Sehingga semalam dilaporkan jumlah kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda Pulau Lombok, Indonesia meningkat kepada 347 orang.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Sutopo Purwo Nugroho mengesahkan, kebanyakan mangsa yang maut adalah di Kayangan, utara pulau itu. – HARAKAHDAILY 10/8/2018

kami2

- Advertisement -