Takziah buat keluarga Almarhum Mahadzir

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga ikon pengacaraan negara, Almarhum Datuk Mahadzir Lokman susulan berita pemergiannya pagi tadi di Kota Kinabalu, Sabah.

- Advertisement -

Sesungguhnya negara kehilangan legenda besar dalam industri pengacaraan. Kefasihannya bertutur lapan bahasa dalam pelbagai penampilan pengacaraan tidak mungkin dapat dilupakan.

Berdasarkan kepada luahan rakan-rakannya, beliau seorang yang berilmu dan bermurah hati. Marilah kita mendoakan agar ruh Almarhum sentiasa dirahmati dan diampunkan oleh Allah SWT. Semoga Allah menempatkannya bersama dengan orang-orang yang beriman.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hasan
Ketua Penerangan PAS Pusat
21 Zulkaedah 1439 | 3 Ogos 2018 – HARAKAHDAILY 3/8/2018

- Advertisement -